Monday 16 May 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (4)

 بسم الله الرحمن الرحيم


:::::::  SIRI 4  :::::::


Setelah Maharaja Konstantine mendapat berita bahawa kapal perang Tentera Turki telah memasuki Tanduk Emas, Baginda mengarahkan agar semua pintu Kota di tutup rapat. Semua tentera Rom berjaga siang dan malam namun tentera Turki berjaya memasukinya. Mereka menggali terowong bagi menembusinya hingga ke dalam Kota namun apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Maharaja, Maharaja memerintahkan tenteranya memasang perangkap. Tentera Rom turut menggali terowong sehingga bertemu dengan terowong Tentera Turki. Kemudian Tentera Turki diserang dengan api dan menyebabkan ramai yang syahid. Akhirnya Sultan al-Fateh memerintahkan kerja menggali terowong dihentikan.


Setelah 44 hari Kota Konstantinopel dikepung dari stiap penjuru, dan selepas berpuluh-puluh serangan dilakukan, namun Tentera Turki masih belum dapat menawan Kota Konstantinopel. Ini telah merungsingkan Sultan al-Fateh. Lantas Baginda bertemu dengan gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali, ” Tuan guru pernah berkata Kota Kontantinopel pasti jatuh ke tangan saya, tetapi hingga sekarang belum ada tanda kita dapat menawannya. Apakah sebabnya?” Jawab gurunya, ” Kita dan tentera Rom sama-sama berusaha untuk menawan dan mempertahankan kota. Tidak adil kiranya kita dapat menawannya dengan mudah. Kita mesti berusaha mengalahkan mereka melebihi usaha mereka mengalahkan kita. Barulah Tuhan akan memberi kemenagan kepada kita.”  ”Baiklah. Tapi saya mahukan kepastian, bilakah kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan kita?”


Setelah bertafakur sebentar dan berdoa, berkata Syeikh,, 
”Dengan izin Tuhan, kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam pada hari yang ke 53 bersamaan hari selasa jam 11 pagi.”

.....................................................................................

Hari itu, penduduk Konstantinopel berkumpul di dalam gereja untuk memohon doa agar dapat mengalahkan Tentera Turki. Satu perarakan secara besar-besaran dilakukan sambil membaca doa dan lagu ketuhanan bagi menaikkan semangat tentera Rom. Paderi-paderi berjalan di barisan hadapan sambil mengusung patung Maryam. Suara mereka kedengaran sampai kepada Tentera Turki yang sedang mengepung kota tersebut. Sultan melarang tenteranya menyerang mereka yang sedang beribadat mengikut apa yang disunnahkan Nabi s.a.w. Lantas Sultan al-Fateh mengajak semua tenteranya berzikir, bertakbir dan bertahmid. Ternyata suara tentera Turki dapat menenggelamkan suara tentera Rom. Malah ramai yang berasa gementar apabila mendengar laungan ’Allahu Akhbar’ yang diuapkan beramai-ramai oleh Tentera Turki.


Maharaja Konstantine menyuruh orang ramai mengeraskan suara mereka,,tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Patung Maryam yang sedang diusung itu, jatuh dan pecah berderai. Melihat keadaan itu, semua pader menangis. Terjatuhnya patung Maryam itu petanda buruk. Satu malapetaka akan berlaku kepada penduduk Konstantinopel. Tidak lama kemudian, hujan lebat pun turun. Semua orang lari berkumpul di gereja. Mereka bersembahyang dan berdoa. Tiba-tiba berlaku lagi perkara yang tidak diduga,, Gereja Aya Sophia disambar petir diikuti ledakan petir yang sangat kuat. Orang ramai mula ketakutan.

Ketua paderi berkata, ” Tuanku, dalam kitab lama ada mengatakan, apabila terjadi 3 perkara, itu petanda malapetaka akan menimpa. Kapal blayar di atas daratan, patung Maryam pecah berderi dan gereja Aya Sophia disambar petir. Tiga-tiga petanda itu, dah berlaku di depan mata kita.”
......................................................................

Satu mesyuarat bersama Sultan Muhammad al-Fateh dan orang-orangnya sedang dijalankan. Khalil Pasya mencadangkan agar tentera Islam berundur bagi mengelakkan lebih ramai kehilangan tentera. Namun pendapat itu disangkal sepenuhnya oleh Panglim Zaqhaqus dan Panglima Tharhan.


”Tuanku yang di kasihi,” berkata Syeikh al-Kurani pula. ” Lupakah Tuanku apa penyebab kegagalan ayahanda Tuanku menawan Kota Konstantinopel?.Ada ketika itu berlaku pepecahan akibat perbezaan pendapat di kalangan mereka. Separuh mahu meneruskan peperangan dan separuh lagi mahu pulang. Maharaja Konstantine berjaya merasuah pemimpin Tentera Turki supaya jangan memerangi mereka. Saya bimbang perkara yang sama berlaku lagi.” Khalil Pasya berasa bimbang dan menarik kembali kata-katanya. 

PEPERANGAN DI TERUSKAN!


Bersambung..........

No comments:

Post a Comment