Monday 13 June 2011

SAJAK AMINAH QUTB~~

بسم الله الرحمن الرحيم

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.

Sekiranya, 
kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai.

Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah.

Ya Allah,
Andai dia adalah jodoh
Yang ditetapkan olehMu kepadaku,

Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah keranaMu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah keranaMu.

Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan olehMu kepadaku,
Berilah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.

(( Ya ALLAH berikanlah aku kesempatan untuk mencintaiMu sepenuh hatiku,,
barulah kelak,,kau hadirkan rasa cinta buat insan yang benar,,
yang akan membimbing aku ke jalanMu,,
dan aku akn menjadi sayap kirinya yang setia dalam pejuangannya..
YA ALLAH,,hadirkanlah insan ini saat ketika aku benar-benar bersedia,,
sementara aku menjumpainya,,
aknku persiapkan diri,, untuk menjadi wanita solehah,,
agar kelak ku peroleh mujahid soleh..
AMIN..))


Saturday 11 June 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (5)

بسم الله الرحمن الرحيم



::::::: SIRI  5 :::::::::


MENANG ATAUPUN SYAHID!!!


” Pagi ini kita akan tawan lembah Lycos yang terletak di sebelah barat Kota Konstantinopel.” kata Sultan Muhammad Al-Fateh. ” Boleh kami tahu, kenapa Tuanku memilih Lembah itu?” tanya Hamzah Pasya. ” Tentera yang datang dari Genoa berada di lembah itu. Mereka dipimpin oleh Giustiniani. Dari lembah itulah, bantuan di salurkan. Jika kita dapat menawannya, kita dapat melumpuhkan pertahanan Rom. Di situ juga ada sebuah pintu yang dinamakan Edirne. Kita masuk ke kota melalui pintu itu.” jawab Sultan.


SERANGAN DI MULAKAN !!!


Pasukan meriam di minta untuk menembak ke arah Lembah Lycos bagi memusnahkan kubu-kubu tentera Genoa. Ini telah menyebabkan Giutiniani dan tenteranya menjadi kelam kabut. Kemudian pasukan tentera pemanah yang dipimpin oleh Panglima Thahran telah meneruskan serangan dan diikuti oleh pasukan kedua dan ketiga. Tentera Rom tidak berani keluar dan hanya menyaksikan pentempuran itu dari atas tembok. Asakan yang kuat membuatkan pertahanan Tentera Genoa semakin lemah. Geustiniani masuk ke kota dan meminta agar Maharaja berundur namun telah di bantah keras. Kota Konstantinopel di gegarkan dengan tembakan meriam dari Tentera Turki secara berterusan sehingga akhirnya menyebabkan tembok di seblah barat itu roboh. 


”Siapa yang mahu bertemu Abu Ayub Al-Ansari dan mereka yang syahid, mari berjuang bersama saya!” Jeritan Hassan Ulubate menggegarkan jiwa berpuluh-puluh tentera Turki. Kemudian mereka terus menyerbu masuk melalui pintu Edirne. Kedatangan mereka dihalang oleh beribu-ribu tentera Rom. Namun Hassan Ulubate terus meloloskan diri lalu berdiri di atas menara kota Konstantinopel dan berjaya memacakkan bendera Turki di situ sambil berteriak, ” Saya berjaya menjejakkan kaki ke kota Konstantinopel. Selepas ini giliran kamu pula. Konstantinopel pasti berjaya kita tawan pada hari ini!” Berpuluh-puluh anak panah menembusi badan pemuda yang menaruhkan jiwanya demi melihat kemenangan islam. ALLAHU AKHBAR!!!


”Hassan Ulubate berjaya merebut bintang syahid. Sekiranya bukan kerana saya yang ditakdirkan menawan konstantinopel, sudah pasti saya yang akan berada di tempat Hassan Ulubate.” kata Sultan Muhammad Al-Fateh.

Serbuan demi serbuan terus di lakukan secara bergilir oleh ketiga-tiga pasukan. Pertempuran berlaku sehingga ke malam. Malam itu, Maharaja Konstantine meminta semua penghuni istana berkumpul di dewan. Maharaja memberikan kata-kata terakhir dan membakar semangat pembesar-pembesarnya untuk terus berjuang. Suasana istana diselubungi kesedihan. Kemudian, Maharaja menanggalkan pakaian diraja lalu menyarung pakaian perang.  Dengan iiringi beberapa orang pengawal Maharaja terus bergerak keluar istana menuju ke medan perang.


Ketika itu, Sultan al-Fateh sedang menunggang seekor kuda putih sambil berteriak memberi semangat kepada tenteranya. Maharaj mencabar Baginda untuk berlawan dengannya, ” Wahai anak muda! Turun kau dari kuda itu. Mari kita bertarung satu lawan satu.” ”Siapa engkau wahai orang tua?” ” Akulah Maharaja Konstantinopel. Lebih baik menyerah atau aku bunuh engkau!” ” Mana mahkota yang kau banggakan itu?” tanya Sultan. ”Hari ini aku bukan maharaja tetapi aku aku adalah tentera biasa.” ” Baiklah, hari ini engkau mati sebagai tentera biasa bukan maharaja.” 


Berlakulah peperangan di antara Maharaja dan Sultan. Ketangkasan Sultan Muhammad tidak dapat ditandingi oleh Maharaja Konstantine. Baguinda mengumpul segenap kekuatan lalu menyerang Sultan Muhammad dengan pedangnya. Namun serangan itu berjaya di cantas oleh Sultan Muhammad lalu terlucutlah pedang dari tangan Maharaja Konstantine. Pada masa itu, Sultan Muhammad al-Fateh mahu menamatkan riwayat Baginda, tiba-tiba, Maharaja Konstantine meludah ke muka Sultan Muhammad. Dengan tiba-tiba, Sultan Muhammad al-Fateh tidak jadi membunuh Maharaja Konstantine. ” Kenapa engkau tidak bunuh aku?” ” Tadi aku hendak membunuh engkau kerana Allah tapi sekarang aku ingin membunuh engkau kerana marah.” jawab Sultan Muhammad al-Fateh. 


Sebaik sahaja Sultan Muhammad al-Fateh berpaling, Maharaja Konstantine cuba menikam Baginda dari belakang dengan pedang kecilnya yang tersisip di pinggang. Kemudian Sulaiman Oglo menyerang dan menjatuhkan Maharaja Kontanstine sehingga topi yang di pakainya tertanggal. Lantas, Panglima Amir Pasya terus memenggal leher Maharaja Konstantine, 


”Maharaja Konstantine sudah mati. Ini kepalanya!!!”
jerit Sulaiman Oglo.


Bersambung .......

Friday 10 June 2011

CINTA ATAU BEBAN??? :: fikirkan ::

بسم الله الرحمن الرحيم


Lama sungguh rasanya dah tak menulis kat blog nie.. hari nie terasa nak menulis.. nak kongsi bersama..


CINTA ATAU BEBAN???  apa sebenarnya??....


JOM KITA FIKIRKAN!!!

selama nie bila kita melakukan ibadah padaNYA,,adakah kerana tanggungjawab semata atau rasa CINTA kita kepadaNYA?? cuba rasa semula.. pernah x kita rasa macam nie??

"aaahhh...solat! solat! cepat tunaikan solat. jangan lewat2kan solat xbaik.." bila habis jer solat..aaahhh..LEGA!! macam satu kewajipan yg berat dah tertunai. Tanggungjawab itu satu beban,,terasa ringan bila dah dilaksanakan. Macam tu kah kita??


ATAU ....

"solat! solat!! jangan lewat-lewatkan solat.. YA ALLAH...aku tak sabar untuk bertemu dan berbicara denganMu.. Ingin aku meluahkan kata-kata cinta ku kepadamu. dengarlah YA ALLAH luahan kerinduanku.. SOLAT itu mendekatkan diri kita kepada ALLAH. laksanakannya kerana rasa CINTA dan SYUKUR yg tidak terhingga. Begitukah kita???

Jadi apakah yg kita rasa sebenarnya.? menganggap kewajipan itu satu bebanan yang wajib dilaksanakan sedangkan tangan kita menerima segala nikmat kepunyaanNYA tanpa berhenti,,tanpa rasa malu..  


Jadi apa balasan yang perlu kita berikan,, adakah sekadar mengucapkan syukur di bibir tanpa zahirkan rasa kesyukuran itu melalui perbuatan??

ENTAHLAH...FIKIRLAH!!!

" ANDA KENAL DIRI ANDA,, ANDA TAHU JAWAPANNYA!!  "   







Monday 16 May 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (4)

 بسم الله الرحمن الرحيم


:::::::  SIRI 4  :::::::


Setelah Maharaja Konstantine mendapat berita bahawa kapal perang Tentera Turki telah memasuki Tanduk Emas, Baginda mengarahkan agar semua pintu Kota di tutup rapat. Semua tentera Rom berjaga siang dan malam namun tentera Turki berjaya memasukinya. Mereka menggali terowong bagi menembusinya hingga ke dalam Kota namun apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Maharaja, Maharaja memerintahkan tenteranya memasang perangkap. Tentera Rom turut menggali terowong sehingga bertemu dengan terowong Tentera Turki. Kemudian Tentera Turki diserang dengan api dan menyebabkan ramai yang syahid. Akhirnya Sultan al-Fateh memerintahkan kerja menggali terowong dihentikan.


Setelah 44 hari Kota Konstantinopel dikepung dari stiap penjuru, dan selepas berpuluh-puluh serangan dilakukan, namun Tentera Turki masih belum dapat menawan Kota Konstantinopel. Ini telah merungsingkan Sultan al-Fateh. Lantas Baginda bertemu dengan gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali, ” Tuan guru pernah berkata Kota Kontantinopel pasti jatuh ke tangan saya, tetapi hingga sekarang belum ada tanda kita dapat menawannya. Apakah sebabnya?” Jawab gurunya, ” Kita dan tentera Rom sama-sama berusaha untuk menawan dan mempertahankan kota. Tidak adil kiranya kita dapat menawannya dengan mudah. Kita mesti berusaha mengalahkan mereka melebihi usaha mereka mengalahkan kita. Barulah Tuhan akan memberi kemenagan kepada kita.”  ”Baiklah. Tapi saya mahukan kepastian, bilakah kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan kita?”


Setelah bertafakur sebentar dan berdoa, berkata Syeikh,, 
”Dengan izin Tuhan, kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam pada hari yang ke 53 bersamaan hari selasa jam 11 pagi.”

.....................................................................................

Hari itu, penduduk Konstantinopel berkumpul di dalam gereja untuk memohon doa agar dapat mengalahkan Tentera Turki. Satu perarakan secara besar-besaran dilakukan sambil membaca doa dan lagu ketuhanan bagi menaikkan semangat tentera Rom. Paderi-paderi berjalan di barisan hadapan sambil mengusung patung Maryam. Suara mereka kedengaran sampai kepada Tentera Turki yang sedang mengepung kota tersebut. Sultan melarang tenteranya menyerang mereka yang sedang beribadat mengikut apa yang disunnahkan Nabi s.a.w. Lantas Sultan al-Fateh mengajak semua tenteranya berzikir, bertakbir dan bertahmid. Ternyata suara tentera Turki dapat menenggelamkan suara tentera Rom. Malah ramai yang berasa gementar apabila mendengar laungan ’Allahu Akhbar’ yang diuapkan beramai-ramai oleh Tentera Turki.


Maharaja Konstantine menyuruh orang ramai mengeraskan suara mereka,,tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Patung Maryam yang sedang diusung itu, jatuh dan pecah berderai. Melihat keadaan itu, semua pader menangis. Terjatuhnya patung Maryam itu petanda buruk. Satu malapetaka akan berlaku kepada penduduk Konstantinopel. Tidak lama kemudian, hujan lebat pun turun. Semua orang lari berkumpul di gereja. Mereka bersembahyang dan berdoa. Tiba-tiba berlaku lagi perkara yang tidak diduga,, Gereja Aya Sophia disambar petir diikuti ledakan petir yang sangat kuat. Orang ramai mula ketakutan.

Ketua paderi berkata, ” Tuanku, dalam kitab lama ada mengatakan, apabila terjadi 3 perkara, itu petanda malapetaka akan menimpa. Kapal blayar di atas daratan, patung Maryam pecah berderi dan gereja Aya Sophia disambar petir. Tiga-tiga petanda itu, dah berlaku di depan mata kita.”
......................................................................

Satu mesyuarat bersama Sultan Muhammad al-Fateh dan orang-orangnya sedang dijalankan. Khalil Pasya mencadangkan agar tentera Islam berundur bagi mengelakkan lebih ramai kehilangan tentera. Namun pendapat itu disangkal sepenuhnya oleh Panglim Zaqhaqus dan Panglima Tharhan.


”Tuanku yang di kasihi,” berkata Syeikh al-Kurani pula. ” Lupakah Tuanku apa penyebab kegagalan ayahanda Tuanku menawan Kota Konstantinopel?.Ada ketika itu berlaku pepecahan akibat perbezaan pendapat di kalangan mereka. Separuh mahu meneruskan peperangan dan separuh lagi mahu pulang. Maharaja Konstantine berjaya merasuah pemimpin Tentera Turki supaya jangan memerangi mereka. Saya bimbang perkara yang sama berlaku lagi.” Khalil Pasya berasa bimbang dan menarik kembali kata-katanya. 

PEPERANGAN DI TERUSKAN!


Bersambung..........

Menjaga AURAT itu kewajipan!!~

 بسم الله الرحمن الرحيم


Smalam aku ke Ijok,, rumah keluarga angkat yg aku sayangi,, namun bukan tujuan aku bercerita mengenainya di sini,, aku ingin tunjukkan betapa besarnya kecintaan ALLAH pd hambaNya bila kita mengikut perintahnya,,
hurm ada kaitan ke dgn Ijok?? ADA...

Smalam, kami sume pegi mandi air terjun di Lata Panggung,, di sebabkan b'dekatan dgn tmpat kami berkelah tu ada muslimin,, so AURAT kena tutp,, ingat!! sronok,,sronok jga,,tapi jgn sbbkn kita dah masuk dlm air,,dh seronok,, kita bersama akhwat je,,aurat semua blh terbuka,,lihat keliling,, pasti ada lg yg melihat kita..

aku ingat,, dah masuk dah stokin hitam tebal dlm beg td,,tp skarg dh x der,, xnak pakai stokin coklat nie,, nnt koyak,,lgpon klau dh basah,,blk nak pkai stokin ap?? Jadi ak pon ajak Ti teman p kat kreta,, cari punya cari xder jga,, aku YAKIN aku dah bawa,,tp x jmpa,,

aku pandang Ti?? "Kenapa qila??xder jga?? Nak suruh aku teman blik umah k?" " Aah,,nak blik umah,,mngkn stokin tu t'tinggal kat dalm beg lg satu." " Tu kawan-kawan tgh main air..Jap lg kita dtg diorang dah siap.." " Takpe,,Ti kat sana ader muslimin,,aku nak pakai stokin,,xkan sebab xnak stokin basah,,aurat yg slama ni kita jg,,kita nak biarkn t'buka? Teman aku blik amik stokin ea??"

Ktorg pon blk,,aku drive,,xderlah jauh sgt,, smpai umah stokin tu mmg xder..aku pasti aku bwa..Aduh.. Mami,,mami ader stokin x? nak pkai p mandi,,stokin qila dh hilang.." Mami usaha cari stokin,,tp apa yg ader cma stokin hitam yg atas sikit dr buku lali..

Aku lari ke kereta,," Ti ader stokin ni,,tapi pendek,,waa..mcm mna ni?? xpelah dari xder,,baik aku pakai" sedih,,stokin pendek,,mana stokin aku ni,,AURAT AKU...waa,,,

Aku nak check lagi skali.. tiba-tiba aku jmpa stokin tu kat dlm kereta..kat tmpt yg memang aku dah cari td..

QILA,, ALLAH MENGUJI KAU,,BTOL KAU NAK JGA AURAT?? BTOL KAU SANGGUP BLIK CARI STOKIN?? BTOL KAU SAYANGKN AURAT KAU?? ALHAMDULILLAH...

Aku berjaya dalam ujian aku..Allah pertemukan stokin aku kembali selepas aku berusaha dan bersungguh mahu menutup auratku.. Terima kasih Ya Allah.. Kalau saya boleh jga aurat saya.. KAMU bagaimana??

 SAYANGKAN DIRI KAMU?? CINTAKAN ALLAH??
..JOM JAGA AURAT KITA..


Renungilah firman Allah Taala seperti di bawah, semoga sama-sama kita mendapat peringatanNya;


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]
 
 
 

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata."  
{Surah Al-Ahzab:36}
 

Saturday 14 May 2011

Aku sayang Korang...wee...

 بسم الله الرحمن الرحيم


Bila diam bukan bermakna lupa..
Bila sendirian bukan berseorangan..
Bila gembira senyuman menjadi tanda..
Bila susah we have each other..

Walaupun waktu tu dah lama..tapi aku nak ucap juga..
..THANKS GUYS!! I VERY APPRECIATE OUR FRENSHIP..


aku takkan lupa korang lawat aku masa kat hospital..masa aku sakit hari tu,, aku rasa sendirian kat sana,, tapi waktu petang,bila korang kata korang nak datang,,aku gembira sangat.. aku dengar derap kaki korang dari jauh..masa tu dak laki dah sampai.. aku dengar Syahir kata, "abislah jap lagi ada yang banjir" ..


btol syahir mmg aku banjir.. aku terharu korang dtg..lagi-lagi Lia suapkan aku makan..korg peluk aku..Masa nak blik,,aku ingat Wani kata,, Qila sembuh cepat..aku sayang ko.. Jgn sakit lagi..


Mintak maaf kawan2,, aku buat korg susah.. taknak wat lagi..


Big HUG from ME...



..aku SAYANG korang..

5 PISMP PA/ BA/ PAQ (2)

azri, anwar, faiz, faizuldin, amir, syahir, johadi, mukmin
atikah, shahira, liyana, azlia, hana a.k.a rumate, mahirah, husna
anis, syazwanni, farhana, syafiqah

 


Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (3)


بسم الله الرحمن الرحيم



:::::::  SIRI 3  ::::::::


Setelah pelbagai usaha dilakukan, serangan dari pelbagai sudut dilancarkan, Tentera Islam masih tidak dapat menawan Kota Konstantinopel. Ini membuatkan Sultan Muhammad ak-Fateh merasa berdukacita. Malam itu Sultan merintih hiba di hadapan Tuhannya. Baginda berdoa, ” Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan-Mu. Kami hampir berputus asa kerana tidak berjaya menawan Kota Konstantinopel walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepadaMu , bantulah kami. Berilah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh. Usai berdoa, Sutlan al-Fateh berasa mengantuk lalu tertidur.


 Baginda bermimpi melihat kapal perangnya berlayar di Semenanjuang Fera dan berlabuh di Tanduk Emas. Mimpi tersebut berulang selama 3 kali dan yakinlah Sultan bahawa itu petunjuk dari Allah. Keesokan harinya, Sultan Muhammad menemui gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali lalu menceritakan mimpinya. ”Saya melihat kapal kita berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Apakah makna mimpi itu?” ”Itulah petunjuk dari Allah. Tuanku usahakan supaya mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah” jawab Syeikh Syamsuddin al-Wali.


Lena di ulit kemenangan yang berterusan, dari dalam Kota, berseri-seri wajah Maharaja Konstantine apabila diberitahu akan kedatangan bantuan dari Raja-raja Eropah yang sudah menghantar tentera seramai 200 000 orang yang akan tiba tujuh hari lagi. Namun dalam peperangan, bagi Maharaja waktu itu terlalu lama. Lantas Panglima Ardogan menyarankan agar diadakan genjatan senjata bersama Tentera Islam selama seminggu,, cadangan itu dipersetujui dan berlakulah rundingan kedua belah pihak. Bagaikan bulan jatuh ke riba, ini adalah rahmat dari Tuhan yang memberi peluang kepada Tentera Islam untuk memindahkan kapal. Lalu sebulat suara, Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya menerima cadangan itu.


Masa seminggu itu digunakan tentera Islam sebaik mungkin. Sultan mengarahkan tenteranya membina jalan dari kawasan pantai melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hinggan ke Tanduk Emas. Mereka bekerja siang dan malam. Selepas jalan tersebut sipa, Baginda menyuruh tenteranya menebang pokok-pokok kayu yang  besar, kemudian kayu itu dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui oleh kapal-kapal perang mereka. Kayu-kayu itu dilumur dengan minyak dan darah haiwan agar menjadi licin.


Berkata Syeikh Syamsuddin al-Wali, ”Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini, berlaku tiupan angin kencang dari laut menuju ke daratan. Kita tarik kapal itu dengan tali dengan bantuan angin kencang, saya yakin usaha untuk memindahkan kapal akan berjaya.” Pada malam Jumaat, usai solat Isya’ berlaku ribut kencang disertai hujan lebat . Tentera Laut membongkah sauh serta memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka. Kemudian kapal-kapal itu ditarik sejauh 3 batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Menjelang pagi, kesemua 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan, Allahu akhbar!!



Bersambung............