Saturday 14 May 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (2)

بسم الله الرحمن الرحيم


:::::::  SIRI 2  :::::::


Kisah Panglima Zaqhaqus yang mengetuai tentera laut, berlayar ke Laut Marmara bersama 80 kapal perang telah diketahui oleh Tentera Rom sejak awal lagi. Disebabkan itu, Maharaja Konstantine telah meminta bantuan 100 buah kapal perang dari Genoa yang diketuai oleh Giustiniani yang sarat dengan senjata bagi menyerang musuh. Tentera Turki cuba menghalang Tentera Genoa dari melalui Tanduk Emas dan akhirnya terjadilah pertempuran. Ramai Tentera Islam yang syahid namun apa yang lebih membimbangkan, Kapal-kapal musuh dapat melalui Tanduk Emas tetapi Tentera-tentera Turki tidak dapat melaluinya kerana dihalang dengan Rantai besi yang mempunyai besi-besi yang tajam yang dikendalikan oleh Tentera Rom yang berkubu di tebing Tanduk Emas bagi menghalang kapal-kapal Tentera Turki memasukinya.. Jika dirempuh, akan bocor dan karamlah kapal tersebut. 

Lakaran ni saya yang wat,berdasarkan gambaran yang dicritakan dalam buku ni..Wallahu'alam..


Pada waktu malam, Tentera Turki yang diketuai Panglima Amir Pasya telah menyelam dan cuba memotong Rantai besi tersebut, namun tidak berjaya kerana pada waktu malam rantai tersebut diletakkan didalam air. Ramai tentera Islam yang terbunuh di panah Tentera Rom. Lantas Panglima Amir Pasya dan tenteranya yang terselamat berundur kembali ke kapal. Ini telah merungsingkan Panglima Zaqhaqus, ”Rakan-rakan kita sedang bertempur dengan Tentera Rom, Sedangkan kita masih berada di atas kapal.Mereka masih memerlukan bantuan kita tetapi kita masih tidak dapat melalui Tanduk Emas. Selagi rantai besi raksaksa itu merentangi Tanduk Emas,kapal kita akan tetap disini. Setiap hari kita akan diserang oleh kapal-kapal dari Eropah.”


Di bahagian darat ...

Sultan Muhammad al-Fateh mula menyusun kembali tenteranya bagi menyerang Kota Konstantinopel. Baginda membahagikan tenteranya kepada 4 pasukan. Pasukan pertama, pasukan meriam Urban, pasukan memanah, pasukan berkuda dan pasukan tentera berjalan kaki. Mengikut perancangannya, pasukan tentera meriam akan meruntuhkan tembok yang mengelilingi kota. Kemudian tentera pemanah menyerbu untuk menumpaskan tentera Rom, pasukan pejalan kaki merempuh kota manakala tentera berkuda berkawal di luar kota bagi memastikan tiada bantuan luar di bawa masuk. Selepas persiapan di buat, serangan pun dilancarkan. Namun apabila tentera Turki menembak meriam dan mula meruntuhkan tembok, tentera Rom dengan gigih menampal kembali tembok tersebut tanpa memikirkan nyawa mereka. Keadaan ini berterusan sehingga akhirnya, Sultan mengarahkan agar serangan dihentikan bagi menjimatkan peluru.


Pasukan memanah mula mendekati tembok dan melepaskan anak panah ke arah musuh yang berada di atas tembok. Namun ramai Tentera Turki yang syahid kerana diserang oleh tentera pemanah Rom. Pasukan pejalan kaki pula cuba memanjat tembok menggunakan tangga kayu dan tali,, tetapi Tentera Rom telah memberi tentangan yang hebat. Tentera Turki telah dilemparkan dengan batu dan dicurahkan dengan minyak panas. Akibatnya ramai yang gugur syahi. Allahu akhbar!!


Kali ini, Tentera Turki mula menyerang dari empat penjuru iaitu bahagian utara, selatan, timur dan barat. Tentera yang menyerang dari arah hadapan telah dapat menghampiri pintu gerbang namun tidak dapat membukanya. Mereka cuba memecahkannya menggunakan kayu balak tetapi tidak berjaya kerana dihujani dengan anak-anak panah musuh. Pasukan tentera yang menyerang dari arah utara dan selatan pula tidak dapat menghampiri kota kerana mereka terpaksa berenang melalui tasek yang sengaja dibina oleh Tentera Rom dan ramai yang syahid kerana dilemparkan dengan tombak dan anak panah musuh. Pasukan dari arah barat atau belakang kota juga tidak berjaya kerana mereka diserang oleh Tentera Genoa yang mengawal ketat bahagian tersebut.



Bersambung ...................

No comments:

Post a Comment