Saturday 14 May 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (3)


بسم الله الرحمن الرحيم



:::::::  SIRI 3  ::::::::


Setelah pelbagai usaha dilakukan, serangan dari pelbagai sudut dilancarkan, Tentera Islam masih tidak dapat menawan Kota Konstantinopel. Ini membuatkan Sultan Muhammad ak-Fateh merasa berdukacita. Malam itu Sultan merintih hiba di hadapan Tuhannya. Baginda berdoa, ” Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan-Mu. Kami hampir berputus asa kerana tidak berjaya menawan Kota Konstantinopel walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepadaMu , bantulah kami. Berilah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh. Usai berdoa, Sutlan al-Fateh berasa mengantuk lalu tertidur.


 Baginda bermimpi melihat kapal perangnya berlayar di Semenanjuang Fera dan berlabuh di Tanduk Emas. Mimpi tersebut berulang selama 3 kali dan yakinlah Sultan bahawa itu petunjuk dari Allah. Keesokan harinya, Sultan Muhammad menemui gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali lalu menceritakan mimpinya. ”Saya melihat kapal kita berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Apakah makna mimpi itu?” ”Itulah petunjuk dari Allah. Tuanku usahakan supaya mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah” jawab Syeikh Syamsuddin al-Wali.


Lena di ulit kemenangan yang berterusan, dari dalam Kota, berseri-seri wajah Maharaja Konstantine apabila diberitahu akan kedatangan bantuan dari Raja-raja Eropah yang sudah menghantar tentera seramai 200 000 orang yang akan tiba tujuh hari lagi. Namun dalam peperangan, bagi Maharaja waktu itu terlalu lama. Lantas Panglima Ardogan menyarankan agar diadakan genjatan senjata bersama Tentera Islam selama seminggu,, cadangan itu dipersetujui dan berlakulah rundingan kedua belah pihak. Bagaikan bulan jatuh ke riba, ini adalah rahmat dari Tuhan yang memberi peluang kepada Tentera Islam untuk memindahkan kapal. Lalu sebulat suara, Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya menerima cadangan itu.


Masa seminggu itu digunakan tentera Islam sebaik mungkin. Sultan mengarahkan tenteranya membina jalan dari kawasan pantai melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hinggan ke Tanduk Emas. Mereka bekerja siang dan malam. Selepas jalan tersebut sipa, Baginda menyuruh tenteranya menebang pokok-pokok kayu yang  besar, kemudian kayu itu dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui oleh kapal-kapal perang mereka. Kayu-kayu itu dilumur dengan minyak dan darah haiwan agar menjadi licin.


Berkata Syeikh Syamsuddin al-Wali, ”Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini, berlaku tiupan angin kencang dari laut menuju ke daratan. Kita tarik kapal itu dengan tali dengan bantuan angin kencang, saya yakin usaha untuk memindahkan kapal akan berjaya.” Pada malam Jumaat, usai solat Isya’ berlaku ribut kencang disertai hujan lebat . Tentera Laut membongkah sauh serta memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka. Kemudian kapal-kapal itu ditarik sejauh 3 batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Menjelang pagi, kesemua 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan, Allahu akhbar!!



Bersambung............

No comments:

Post a Comment