Friday 13 May 2011

:: HATI seorang GURU ::


بسم الله الرحمن الرحيم


Bagai menanti letusan gunung berapi, begitu jugalah yang aku rasai hari ini,, Buat kali pertama,, setelah pergi meninggalkan sekolah ini bagi praktikum yang pertama..Hari ini, aku ke sini lagi untuk menjadi fasi Kem Bestari Solat.. Aku melangkah ke dewan,, melihat ramai anak-anak kecil berbaris..di celah puluhan insan suci itu, aku mencari bayangan anak didikku 2 BIJAK..

Ustazah benar-benar rindukan kamu sayang,, lambaian pertama kamu tadi,, memanggil Ustazah untuk pantas bergerak berdiri di hadapan barisan kalian.. Apa khabar kalian semua?? Wajah dan telatah inilah satu ketika dulu menjadikan hati Ustazah sentiasa penuh dengan debaran, kecintaan dan kerinduan..



Cinta untuk menjadi seorang guru,,
Cinta untuk mendidik kalian menjadi MUJAHID KECIL AGAMA,,
Cinta untuk berdiri dan melihat wajah suci kalian,,

Indahnya menjadi seorang guru…!!

Ustazah ‘Aqilah,,lepas ni ustazah ajar kami lagi ke?? Ustazah dah lama tak ada.. Ustazah pergi mana?? Ustazah belajar sayang,, menambah ilmu di dada,,mencari jalan bagaimana harus Ustazah mendidik kalian menjadi mujahid kecil agama.. Ustazah masih ingat ketika Ustazah ingin meninggalkan kamu,, air mata jelas tidak mahu berhenti,,tanpa kata,, hanya air mata sudah cukup mengungkapkan betapa sayangnya Ustazah pada kalian,,

Anak-anakku 4 PINTAR,, ingat lagi pesan Ustazah?? Biarpun semua orang kata kalian jahat,, nakal,, tak pandai,, tapi ingat,,kalian masih punya hati,, kalian boleh menjadi insan yang baik,, mungkin kalian tidak boleh menjadi seperti mereka yang cemerlang,, tapi kalian mesti menjaga akhlak,, Jadilah insan yang baik,, anak yang baik,,murid yang baik,,sahabat yang baik,, Ustazah kesal kerana terlalu sebentar Ustazah berada di situ..

Ali tau ap salah Ali?? Saya tau Ustazah,, saya suka gurau kasar,,buat kawan-kawan sakit hati.. Saya mintak maaf Ustazah.. Saya cuba tak buat lagi.. Ustazah2,, saya ada banyak kebun,,atuk saya kaya.. Jamal,, kalau kita banyak harta apa yang kita kena buat?? Kita kena banyak sedekah Ustazah,, tolong orang,, Bagus Jamal! Jamal tau,kalau Jamal nampak kawan Jamal susah,,Jamal bantulah,,Jamal tau dia takder duit nak makan,,Jamal masukkanlah duit dalam kotak pensel dia senyap2,, Nanti dia ada duit nak makan. Biar takder orang tau kita yang bantu tapi Allah tau.. tulah namanya ikhlas..Buat kerana Allah..

Tapi hari ini,, Ustazah mencari bayangan kalian disini di SKPB,,tapi Ustazah x nampak seorang pun dari kalian..Kalian sudah pulang,, kerinduan Ustazah tak terubat lagi,, Ustazah belek kembali surat yang kalian bagi pada Ustazah.. Ustazah lihat hadiah yang mak Azim kaitkan untuk Ustazah,, 




” ..Cintaku pada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya, cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya.. ”













Terima kasih Azim..Memang Allah ciptakan perasaan ini khas untuk kalian..

Ya Allah,,smoga anak-anak ini,,membesar dengan akhlak yang indah seperti kekasihMu,, tunjukkanlah mereka jalan untuk mengenali dan mencintaiMu.. Aku sayangkan mereka Ya Allah,, Jangan biarkan mereka lemah dalam melayari pelayaran kehidupan..Jangan biarkan mereka tersasar dari garisan sinaran cahaya..Jangan biarkan mereka leka dengan keindahan dan kemewahan nikmat dunia.. Jadikanlah mereka mujahid kecil yang sentiasa bersedia di tarbiyyah,, Jadikanlah mereka mujahid kecil yang sentiasa kuat walau jatuh dari jurang yang dalam,, Jadikanlah mereka mujahid kecil yang merasai CINTA kepadaMu...ameen Ya Rabb ..

No comments:

Post a Comment