Sunday 8 May 2011

Aku dan makna ukhwah~

Seringkali aku tertanya apa makna persahabatan? atau lebih mendalam lagi, apa makna ukhwah? hurm...senang untuk kita mempunyai ramai kawan berbicara dan bercerita..senang untuk kita mempunyai teman untuk bergembira..tapi ada sesuatu di situ yang aku masih tidak terjumpa..UKHWAH,,SAHABAT,, lain maksudnya..

Namun kini,,aku mula mengerti, bagaimana rasanya bila kita mempunyai sahabat,,SAHABAT SEPERJUANGAN.. bagaimana rasanya bila kita mempunyai sekeping hati yang berkasih sayang keranaNya.. bila kita gundah,,kita ada mereka di sisi,,bila kita bersedih, kita punya mereka di sisi,,bila kita gembira, mereka masih ada di sisi..AKHWAT yang aku SAYANGI...

Azlia, Farhana, Syazwanni, Liyana, Husna, Shahira, Hana, Syafiqah, 'Atikah, Anis, Mahirah, 'Izzah, Attiq, Sue, Wan, Amaliah,
K.Wani, K.Hawa, Afiqah, Ros, Eton, K.Sue, K.Milah, 
Ayie, Rozha, Fiza,Mbok,,


TERIMA KASIH atas ukhwah yang kalian hulurkan,, tanpa kalian hambar hidupku di bumi IPG KTB,, 


dengan kalian aku mengenal erti persahabatan,, 
dengan kalian aku mengenal makna ukhwah,, 
dengan kalian aku belajar mendidik diri untuk berkhidmat,, 
dengan kalian aku belajar erti berkasih sayang,,



namun,, ingin aku ceritakan di sini,,satu peristiwa ini mengajar aku,,apakah erti UKHWAH yang sebenar??...


(((( SENYUMANMU YANG AKU PINTA UNTUK KEMBALI BERSINAR))))


Pagi itu, aku ke bilik seorang sahabat,, msgnya malam tadi, " Humaira' esok pagi sebelum pergi kelas,singgah bilik aku dulu ^_^"  jadi inilah tujuannya aku berdiri di hadapan pintunya.. "Asalammu'alaikum..Ira (bkn nama sebenar ^_^),, bangun!!" " Wa'alaikumsalam,, jap2!!" lama aku tunggu di hadapan pintu..PELIK..knapa pintu x buka lagi.. Ira! Ira! tiba-tiba aku dengar jeritan dari dalam bilik. " Humaira'!! (sambil pintu di buka) bilik aku kena masuk orang.." "Aku terkejut,,bulu roma meremang,,jantung bagaikan hendak terhenti..Siapa yang begitu kejam yang lakukan semua ni?? " Ok, Ira bertenang,,cuba check apa barang yang hilang.." "Humaira',,LAPTOP,,PURSE,,HANDSET,,TABUNG pun dia amik.. Humaira'!!~" aku mula mendengar esakan dia..hati aku sakit,,sampai hati dia diperlakukan seperti ini. sahabat-sahabat yang lain segera di beritahu.. waktu itu, Ira berjumpa dengan aku. " Humaira' sebenarnya aku nak bagi kau duit..duit kutipan yang kitorang buat malam tadi untuk bantu kau...." Aku terharu,,baru-baru ni aku terlibat dengan kemalangan kecil,,dan aku terpaksa mengeluarkan duit yang banyak.. " Ira,,gunalah duit tu untuk kau,,kau lebih memerlukan" "Tapi Humaira', maaf duit tu pun dah kena curi"  T_T


Aku lari ke bilik,,membuka purse dan melihat,,brapa yang tinggal untuk aku membantu sahabat aku..walaupun aku tau,,aku tak punya wang sekarang,, tapi aku tau Ira lebih memerlukan,,kehilangannya lebih besar jika di bandingkan dengan aku..Lantas aku mengeluarkan duit yang ada dan tekad memberikannya kepada Ira. walaupun ketika itu, aku terfikir risikonya kerana aku sendiri sangat memerlukan,,namun dia SAHABAT aku,,antara kami adalah SAUDARA,, dia adalah orang yang aku SAYANG.. tanpa memikir panjang lagi aku memberi wang tersebut kepada Tikah kerana waktu itu Ira sedang telefon. Tikah menolak,,kerna dia tau kesusahan aku.." Humaira' dia ada kami,,kami boleh bantu dia. Kau simpan duit tu..Kau lebih memerlukan,,kalau bagi kat dia pon dia mesti taknak terima..simpanlah Humaira'.dia ada kami" Kenapa Tikah,,?? Dia x ada aku? aku x bleh bantu dia? Baru smalam dia ingin keluarkan simpanannya untuk aku,, Kenapa hari ini,,aku tak boleh bantu dia?? Aku memang perlukan duit,, tapi dia lebih memerlukannya dari aku. Aku menangis.. aku sakit melihat dia menangis,,aku sakit melihat dia susah,,aku sakit kerna tak dapat membantu dari apa yang aku ada..inilah ujian persahabatan.. Tika aku susah,,dia menghulurkan bantuan,,tanpa sempat bantuan itu sampai,,musibah menimpa dirinya,,dan AKU?? perlukah duduk menyepi..menganggap aku juga susah,,tiada apa yang perlu aku bantu..BEGITUKAH??

CETEK PEMIKIRAN SEPERTI ITU!!!

Hilanglah kemanisan ukhwah bila masing-masing pentingkan kesenangan dan kesusahan diri,,hilanglah keindahan bersama yang selama ini di pupuk,,bilamana ujian datang,,tiada kasih dan kepercayaan buat sahabat...Ingin aku menjadi sesetia Saidina Abu Bakar yang rela mendiamkan diri walaupun di patuk ular demi keselesaan Nabi,, Ingin juga aku menjadi seperti Saidina Umar,,yang berani membela Nabi tatkala Nabi di dalam kesusahan..ingin aku jadi seperti mereka..




SAHABAT,,ADAKAH RUANG UNTUKKU DI HATIMU???





No comments:

Post a Comment