Showing posts with label sejarah islam. Show all posts
Showing posts with label sejarah islam. Show all posts

Saturday, 11 June 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (5)

بسم الله الرحمن الرحيم



::::::: SIRI  5 :::::::::


MENANG ATAUPUN SYAHID!!!


” Pagi ini kita akan tawan lembah Lycos yang terletak di sebelah barat Kota Konstantinopel.” kata Sultan Muhammad Al-Fateh. ” Boleh kami tahu, kenapa Tuanku memilih Lembah itu?” tanya Hamzah Pasya. ” Tentera yang datang dari Genoa berada di lembah itu. Mereka dipimpin oleh Giustiniani. Dari lembah itulah, bantuan di salurkan. Jika kita dapat menawannya, kita dapat melumpuhkan pertahanan Rom. Di situ juga ada sebuah pintu yang dinamakan Edirne. Kita masuk ke kota melalui pintu itu.” jawab Sultan.


SERANGAN DI MULAKAN !!!


Pasukan meriam di minta untuk menembak ke arah Lembah Lycos bagi memusnahkan kubu-kubu tentera Genoa. Ini telah menyebabkan Giutiniani dan tenteranya menjadi kelam kabut. Kemudian pasukan tentera pemanah yang dipimpin oleh Panglima Thahran telah meneruskan serangan dan diikuti oleh pasukan kedua dan ketiga. Tentera Rom tidak berani keluar dan hanya menyaksikan pentempuran itu dari atas tembok. Asakan yang kuat membuatkan pertahanan Tentera Genoa semakin lemah. Geustiniani masuk ke kota dan meminta agar Maharaja berundur namun telah di bantah keras. Kota Konstantinopel di gegarkan dengan tembakan meriam dari Tentera Turki secara berterusan sehingga akhirnya menyebabkan tembok di seblah barat itu roboh. 


”Siapa yang mahu bertemu Abu Ayub Al-Ansari dan mereka yang syahid, mari berjuang bersama saya!” Jeritan Hassan Ulubate menggegarkan jiwa berpuluh-puluh tentera Turki. Kemudian mereka terus menyerbu masuk melalui pintu Edirne. Kedatangan mereka dihalang oleh beribu-ribu tentera Rom. Namun Hassan Ulubate terus meloloskan diri lalu berdiri di atas menara kota Konstantinopel dan berjaya memacakkan bendera Turki di situ sambil berteriak, ” Saya berjaya menjejakkan kaki ke kota Konstantinopel. Selepas ini giliran kamu pula. Konstantinopel pasti berjaya kita tawan pada hari ini!” Berpuluh-puluh anak panah menembusi badan pemuda yang menaruhkan jiwanya demi melihat kemenangan islam. ALLAHU AKHBAR!!!


”Hassan Ulubate berjaya merebut bintang syahid. Sekiranya bukan kerana saya yang ditakdirkan menawan konstantinopel, sudah pasti saya yang akan berada di tempat Hassan Ulubate.” kata Sultan Muhammad Al-Fateh.

Serbuan demi serbuan terus di lakukan secara bergilir oleh ketiga-tiga pasukan. Pertempuran berlaku sehingga ke malam. Malam itu, Maharaja Konstantine meminta semua penghuni istana berkumpul di dewan. Maharaja memberikan kata-kata terakhir dan membakar semangat pembesar-pembesarnya untuk terus berjuang. Suasana istana diselubungi kesedihan. Kemudian, Maharaja menanggalkan pakaian diraja lalu menyarung pakaian perang.  Dengan iiringi beberapa orang pengawal Maharaja terus bergerak keluar istana menuju ke medan perang.


Ketika itu, Sultan al-Fateh sedang menunggang seekor kuda putih sambil berteriak memberi semangat kepada tenteranya. Maharaj mencabar Baginda untuk berlawan dengannya, ” Wahai anak muda! Turun kau dari kuda itu. Mari kita bertarung satu lawan satu.” ”Siapa engkau wahai orang tua?” ” Akulah Maharaja Konstantinopel. Lebih baik menyerah atau aku bunuh engkau!” ” Mana mahkota yang kau banggakan itu?” tanya Sultan. ”Hari ini aku bukan maharaja tetapi aku aku adalah tentera biasa.” ” Baiklah, hari ini engkau mati sebagai tentera biasa bukan maharaja.” 


Berlakulah peperangan di antara Maharaja dan Sultan. Ketangkasan Sultan Muhammad tidak dapat ditandingi oleh Maharaja Konstantine. Baguinda mengumpul segenap kekuatan lalu menyerang Sultan Muhammad dengan pedangnya. Namun serangan itu berjaya di cantas oleh Sultan Muhammad lalu terlucutlah pedang dari tangan Maharaja Konstantine. Pada masa itu, Sultan Muhammad al-Fateh mahu menamatkan riwayat Baginda, tiba-tiba, Maharaja Konstantine meludah ke muka Sultan Muhammad. Dengan tiba-tiba, Sultan Muhammad al-Fateh tidak jadi membunuh Maharaja Konstantine. ” Kenapa engkau tidak bunuh aku?” ” Tadi aku hendak membunuh engkau kerana Allah tapi sekarang aku ingin membunuh engkau kerana marah.” jawab Sultan Muhammad al-Fateh. 


Sebaik sahaja Sultan Muhammad al-Fateh berpaling, Maharaja Konstantine cuba menikam Baginda dari belakang dengan pedang kecilnya yang tersisip di pinggang. Kemudian Sulaiman Oglo menyerang dan menjatuhkan Maharaja Kontanstine sehingga topi yang di pakainya tertanggal. Lantas, Panglima Amir Pasya terus memenggal leher Maharaja Konstantine, 


”Maharaja Konstantine sudah mati. Ini kepalanya!!!”
jerit Sulaiman Oglo.


Bersambung .......

Saturday, 14 May 2011

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (3)


بسم الله الرحمن الرحيم



:::::::  SIRI 3  ::::::::


Setelah pelbagai usaha dilakukan, serangan dari pelbagai sudut dilancarkan, Tentera Islam masih tidak dapat menawan Kota Konstantinopel. Ini membuatkan Sultan Muhammad ak-Fateh merasa berdukacita. Malam itu Sultan merintih hiba di hadapan Tuhannya. Baginda berdoa, ” Wahai Tuhan, kami tidak mampu mengalahkan musuh tanpa bantuan-Mu. Kami hampir berputus asa kerana tidak berjaya menawan Kota Konstantinopel walau pelbagai usaha sudah kami lakukan. Sebab itu aku memohon kepadaMu , bantulah kami. Berilah petunjuk kepada kami bagi mengalahkan musuh. Usai berdoa, Sutlan al-Fateh berasa mengantuk lalu tertidur.


 Baginda bermimpi melihat kapal perangnya berlayar di Semenanjuang Fera dan berlabuh di Tanduk Emas. Mimpi tersebut berulang selama 3 kali dan yakinlah Sultan bahawa itu petunjuk dari Allah. Keesokan harinya, Sultan Muhammad menemui gurunya, Syeikh Syamsuddin al-Wali lalu menceritakan mimpinya. ”Saya melihat kapal kita berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Apakah makna mimpi itu?” ”Itulah petunjuk dari Allah. Tuanku usahakan supaya mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak ada yang mustahil dengan izin Allah” jawab Syeikh Syamsuddin al-Wali.


Lena di ulit kemenangan yang berterusan, dari dalam Kota, berseri-seri wajah Maharaja Konstantine apabila diberitahu akan kedatangan bantuan dari Raja-raja Eropah yang sudah menghantar tentera seramai 200 000 orang yang akan tiba tujuh hari lagi. Namun dalam peperangan, bagi Maharaja waktu itu terlalu lama. Lantas Panglima Ardogan menyarankan agar diadakan genjatan senjata bersama Tentera Islam selama seminggu,, cadangan itu dipersetujui dan berlakulah rundingan kedua belah pihak. Bagaikan bulan jatuh ke riba, ini adalah rahmat dari Tuhan yang memberi peluang kepada Tentera Islam untuk memindahkan kapal. Lalu sebulat suara, Sultan Muhammad al-Fateh dan tenteranya menerima cadangan itu.


Masa seminggu itu digunakan tentera Islam sebaik mungkin. Sultan mengarahkan tenteranya membina jalan dari kawasan pantai melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hinggan ke Tanduk Emas. Mereka bekerja siang dan malam. Selepas jalan tersebut sipa, Baginda menyuruh tenteranya menebang pokok-pokok kayu yang  besar, kemudian kayu itu dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui oleh kapal-kapal perang mereka. Kayu-kayu itu dilumur dengan minyak dan darah haiwan agar menjadi licin.


Berkata Syeikh Syamsuddin al-Wali, ”Menurut firasat saya, pada malam Jumaat ini, berlaku tiupan angin kencang dari laut menuju ke daratan. Kita tarik kapal itu dengan tali dengan bantuan angin kencang, saya yakin usaha untuk memindahkan kapal akan berjaya.” Pada malam Jumaat, usai solat Isya’ berlaku ribut kencang disertai hujan lebat . Tentera Laut membongkah sauh serta memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka. Kemudian kapal-kapal itu ditarik sejauh 3 batu hingga berlabuh di Tanduk Emas. Menjelang pagi, kesemua 70 buah kapal perang berjaya dipindahkan, Allahu akhbar!!



Bersambung............

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (2)

بسم الله الرحمن الرحيم


:::::::  SIRI 2  :::::::


Kisah Panglima Zaqhaqus yang mengetuai tentera laut, berlayar ke Laut Marmara bersama 80 kapal perang telah diketahui oleh Tentera Rom sejak awal lagi. Disebabkan itu, Maharaja Konstantine telah meminta bantuan 100 buah kapal perang dari Genoa yang diketuai oleh Giustiniani yang sarat dengan senjata bagi menyerang musuh. Tentera Turki cuba menghalang Tentera Genoa dari melalui Tanduk Emas dan akhirnya terjadilah pertempuran. Ramai Tentera Islam yang syahid namun apa yang lebih membimbangkan, Kapal-kapal musuh dapat melalui Tanduk Emas tetapi Tentera-tentera Turki tidak dapat melaluinya kerana dihalang dengan Rantai besi yang mempunyai besi-besi yang tajam yang dikendalikan oleh Tentera Rom yang berkubu di tebing Tanduk Emas bagi menghalang kapal-kapal Tentera Turki memasukinya.. Jika dirempuh, akan bocor dan karamlah kapal tersebut. 

Lakaran ni saya yang wat,berdasarkan gambaran yang dicritakan dalam buku ni..Wallahu'alam..


Pada waktu malam, Tentera Turki yang diketuai Panglima Amir Pasya telah menyelam dan cuba memotong Rantai besi tersebut, namun tidak berjaya kerana pada waktu malam rantai tersebut diletakkan didalam air. Ramai tentera Islam yang terbunuh di panah Tentera Rom. Lantas Panglima Amir Pasya dan tenteranya yang terselamat berundur kembali ke kapal. Ini telah merungsingkan Panglima Zaqhaqus, ”Rakan-rakan kita sedang bertempur dengan Tentera Rom, Sedangkan kita masih berada di atas kapal.Mereka masih memerlukan bantuan kita tetapi kita masih tidak dapat melalui Tanduk Emas. Selagi rantai besi raksaksa itu merentangi Tanduk Emas,kapal kita akan tetap disini. Setiap hari kita akan diserang oleh kapal-kapal dari Eropah.”


Di bahagian darat ...

Sultan Muhammad al-Fateh mula menyusun kembali tenteranya bagi menyerang Kota Konstantinopel. Baginda membahagikan tenteranya kepada 4 pasukan. Pasukan pertama, pasukan meriam Urban, pasukan memanah, pasukan berkuda dan pasukan tentera berjalan kaki. Mengikut perancangannya, pasukan tentera meriam akan meruntuhkan tembok yang mengelilingi kota. Kemudian tentera pemanah menyerbu untuk menumpaskan tentera Rom, pasukan pejalan kaki merempuh kota manakala tentera berkuda berkawal di luar kota bagi memastikan tiada bantuan luar di bawa masuk. Selepas persiapan di buat, serangan pun dilancarkan. Namun apabila tentera Turki menembak meriam dan mula meruntuhkan tembok, tentera Rom dengan gigih menampal kembali tembok tersebut tanpa memikirkan nyawa mereka. Keadaan ini berterusan sehingga akhirnya, Sultan mengarahkan agar serangan dihentikan bagi menjimatkan peluru.


Pasukan memanah mula mendekati tembok dan melepaskan anak panah ke arah musuh yang berada di atas tembok. Namun ramai Tentera Turki yang syahid kerana diserang oleh tentera pemanah Rom. Pasukan pejalan kaki pula cuba memanjat tembok menggunakan tangga kayu dan tali,, tetapi Tentera Rom telah memberi tentangan yang hebat. Tentera Turki telah dilemparkan dengan batu dan dicurahkan dengan minyak panas. Akibatnya ramai yang gugur syahi. Allahu akhbar!!


Kali ini, Tentera Turki mula menyerang dari empat penjuru iaitu bahagian utara, selatan, timur dan barat. Tentera yang menyerang dari arah hadapan telah dapat menghampiri pintu gerbang namun tidak dapat membukanya. Mereka cuba memecahkannya menggunakan kayu balak tetapi tidak berjaya kerana dihujani dengan anak-anak panah musuh. Pasukan tentera yang menyerang dari arah utara dan selatan pula tidak dapat menghampiri kota kerana mereka terpaksa berenang melalui tasek yang sengaja dibina oleh Tentera Rom dan ramai yang syahid kerana dilemparkan dengan tombak dan anak panah musuh. Pasukan dari arah barat atau belakang kota juga tidak berjaya kerana mereka diserang oleh Tentera Genoa yang mengawal ketat bahagian tersebut.



Bersambung ...................

Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Kota Konstantinopel (1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah hari ni habis aku baca buku novel sejarah islam,, karangan Abdul Latip Talib, 
" Sultan Muhammad AL-FATEH penakluk Konstantinopel". 
Bukunya sangat mengagumkan. Banyak perkara yang membuatkan aku terfikir setelah membaca satu demi satu tiap kata yang ditulis. Bukan sekadar strategi peperangan, tapi aku belajar banyak perkara..



((KEPATUHAN..KEYAKINAN PADA PENCIPTA..KEPIMPINAN..))

Dah lama aku mencari jawapan,,Bagaimana PEMIMPIN yang BAIK? sahabat aku mengatakan, pemimpin yang baik, apabila memberi arahan, semua orang ikut katanya,, jika memimpin,, dia hanya merancang kemudian memberi tugas kepada orang yang dipimpin,, tapi aku ragu,, mana mungkin seorang ketua sekadar memberi arahan..Lihat kepimpinan Nabi s.a.w,, ketika peperangan khandak,, Nabi memerintahkan agar para sahabat menggali parit dan mengangkat batu..tapi bukan Nabi sekadar melihat,,malah Nabi sendiri mengangkat batu yang lebih besar bersama sahabat..Itulah pemimpin sebenar. bukan bermegah dengan jawatan yang dipegang..Inilah juga yang ditunjukkan oleh Sultan Muhammad  al-Fateh penakluk Kota Konstantinopel..


Hari ni aku ingin kongsikan bersama sahabat semua,, kisah penaklukan konstantinopel yang perlu kita ketahui kerana inilah peristiwa kegemilangan ISLAM yang tercatat di dalam sejarah.. Kalau dulu aku cuma mendengar betapa gahnya peristiwa ini, namun tidak aku ketahui,, apa sebenarnya yang berlaku,,cuma aku mendengar mengenai kapal dan rantai, tanduk emas, kota kontantinopel dan pelbagai lagi,,tapi entah apakah itu.. Hari ini aku mengetahui,, kehebatan cerita ini,, dan aku ingin kongsikan bersama semua..Moga kita sama-sama mengingati peristiwa sejarah ini yang berlaku dalam bulan ini pada 558 tahun dahulu..MEI 1453...


Percubaan menakluk Kota Konstantinopel telah bermula sejak zaman khulafa' ar-rasyidin lagi,, bermula dari zaman Saidina 'Ali kemudian dilanjutkan oleh Bani Umaiyah dan Bani 'Abasiyah namun semuanya menemui kegagalan. Mungkin mereka ini masih belum menepati hadis yang disabdakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w (Hadis riwayat Imam Ahmad)  :

" Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan TENTERA ISLAM yang akan ditakluk oleh PEMIMPIN yang baik, TENTERA yang baik, dan RAKYAT yang baik"


cubaan demi cubaan diteruskan untuk menakluki Kota Konstantinopel sehinggalah pada zaman pemerintahan Sultan Murad yang turut gagal menaklukinya. Sehinggalah lahir seorang anak kecil dari benih Sultan Murad dan di beri nama Muhammad bagi mengharap keberkatan dari Baginda s.a.w. semasa bayi itu di dalam buaian, berkatalah Syeikh Syamsuddin Al Wali "Wahai Sultan Murad, bukan Tuanku yang membebaskan Kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu ( Muhammad Al-Fateh)"



 ...PENAKLUKAN KOTA KONSTANTINOPEL ...


::::::  SIRI 1 ::::::


Pada 4hb April 1453, berangkatlah Sultan Muhammad Al-Fateh bersama tenteranya untuk menyerang Kota Kontantinopel. Tentera telah di bahagikan kepada 5 pasukan dan setiapnya seorang ketua dan 50000 tentera. Panglima Zaqhaqus telah diarahkan untuku mengetuai tentera laut dan menuju ke Tanduk Emas (pintu gerbang masuk ke pelabuhan Kota Konstantinopel) manakala tentera yang lainnya menggunakan jalan darat yang tidak pernah digunakan orang dari pelbagai arah Kota Kontantinopel.


Pada 6hb April semua tentera tiba di sana kecuali tentera laut yang tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana di halang oleh rantai besi raksaksa yang di bina oleh tentera Rom. Keesokan harinya, selepas solat subuh bertarikh 7hb April, Tentera Turki berzikir dan bertakbir beramai-ramai hingga suara mereka bergema di dalam Kota. Konstantinopel. Ketika itu, barulah tentera Rom menyedari kedatangan tentera Islam dan mula berasa gerun. Apa yang menggerunkan musuh setelah disiasat, Tentera Islam mempunyai satu senjata baru yang dicipta oleh Urban iaitu meriam. Meriam itu mampu merobohkan tembok yang telah dibina tentera Rom bagi melindungi Kota Konstantinopel.


Lalu Maharaja Konstantine menghantar 100 orang komando untuk memusnahkan meriam tersebut pada waktu malam. Malam itu, tentera Rom bergerak pantas menuju ke khemah tentera Islam dan berpecah bagi mencari meriam, tetapi mereka merasa kagum kerana setiap khemah yang mereka lewati, kedengaran suara Tentera Islam berzikir, membaca Al-Quran dan bersolat sunat. Tiba-tiba dari belakang, mereka diserga Tentera Turki, ” Assalammu’alaikum!” tiada jawapan..”Allahu akhbar!” Tentera Rom masih berdiam diri. Tahulah tentera Turki itu, yang di hadapannya adalah musuh.


Lantas dia memberi isyarat bahawa musuh telah datang. Akhirnya Tentera Turki dikepung dan terjadilah pertempuran. Ramai yang terbunuh dan yang masih hidup ditawan. Mereka dihadapkan di hadapan Sultan al-Fateh lantas diberi dua pilihan. Sama ada yang pertama, mengaku Tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah atau yang kedua membayar jizyah atau tebus diri sebanyak 10 dinar. Lantas Urnus (musuh) bertanya, ” Tuanku bagaimana jika ada di antara kami yang tidak mampu membayar membayar tebus diri?” Jawab Sultan, ” Kamu boleh mengajar tentera kami apa sahaja ilmu yang kamu tahu. Saya hanya mencontohi seperti apa yang Rasulullah s.a.w lakukan terhadap tawanan. Disebabkan akhlak baik Sultan Muhammad al-Fateh itu, akhirnya semua tawanan itu memeluk agama Islam. Allahu akhbar!!



Bersambung ..................